Monday 19 December 2011

Bertaut kasih (2011)



Mengisahkan Fauzi yang terpaksa berkahwin dengan Yasmin, gadis pilihan ibunya. Walaupun mereka nampak bahagia namun Fauzi sering merasa kekosongan.
Showing Time17 Dec 10:00 pm ( 120 minutes )
Classification – Universal
Genre – Movie, Drama
Sub Genre – DRAMA
Running Time – 120 minutes

Download :  Part 1 Part 2   Part 3

Wednesday 14 December 2011

Cinta Elysa (2011) complete 1-13





Showing Time13 Sep 9:00 pm | Release Date: 2011 (Malaysia) | Country: Malaysia | Language: Malay | Subtitle: None| Genres: Drama | Quality: SDTVRip

Sinopsis: Mengisahkan Aril (Johan As’ari)  seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagaimasalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.

Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Episod 01 : Part 1 Part 2

Episod 02 : Part 1 Part 2

Episod 03:  Part 1 Part 2

Episod 04:  Part 1 Part 2

Episod 05: Part 1 Part 2

Episod 06: Part 1 Part 2

Episod 07: Part 1 Part 2

Episod 08: Part 1 Part 2

Episod 09: Part 1 Part 2

Episod 10: Part 1 Part 2

Episod 11: Part 1 Part 2

Episod 12: Part 1 Part 2

Episod 13: Part 1 Part 2 (Final)                                  


Join with HJ-Split : Download

Aku Untuk Siapa (2011)

  Cerekarama : Aku Untuk Siapa (2011)
Lakonan Siti Saleha (Nora Elena), Almy Nadia, Zila Bakarin, Amer Sofaz, Iqram Dinzly, Fadzilah Mansor, Idris Mat Diah, Hairi Othman.Aku Untuk Siapa mengisahkan Zizie merupakan anak kandung
Ramlan dan Sofea manakala Julia pula adalah anak angkat yang dipelihara
sejak berusia tiga tahun. Hal ini dirahsiakan dari pengetahuan Julia.
Kisahnya bermula apabila Mak Yam yang ketika itu hidup dalam kesempitan
telah datang membawa anaknya Julia ke pejabat tempat Ramlan bekerja dan
meminta pertolongan Ramlan agar mendapatkannya sebarang pekerjaan. Oleh
kerana tiada sebarang jawatan boleh ditawarkan di pejabatnya, Ramlan
telah menawarkan Mak Yam bekerja di rumahnya sebagai orang gaji. Semenjak itu juga Julia telah dijadikan anak angkat kerana Ramlan tidak
mempunyai anak setelah tiga tahun berkahwin dengan Sofea. Kehadiran
Julia adalah sesuatu yang amat mengembirakan Ramlan, namun tidak bagi
Sofea. Baginya dia tidak perlu mengambil anak angkat kerana merasakan
bahawa dia boleh mengandung dan melahirkan anak sendiri. Tetapi
disebabkan suatu peristiwa yang pernah berlaku sebelum berkahwin dengan
Ramlan, dia mengambil ubat pencegah kehamilan di luar pengetahuan
Ramlan.
 
 
Download : Part 1 Part 2  Part 3

Tuesday 13 December 2011

Panggilan Baitullah (2011)

Release Date: Year 2011 | Country: Malaysia| Language: Malay | Genre: Drama | Subtitle: None| Size: 350MB | Quality: SDTVRip – Jie Azz

SINOPSIS: Panggilan Baitullah mengisahkan Abdullah bin Mubarak adalah seorang hartawan yang suka menunjukkan kemewahan kepada orang ramai. Setiap tahun dia menunaikan haji. Abdullah bin Mubarak memang berkemampuan untuk hidup sebegitu. Bagaimanapun, semakin hampir hari dia hendak berangkat ke Mekah, Abdullah berasa keadaan tidak seperti biasa. Atas nasihat isterinya, Sarimah, Abdullah menunaikan solat taubat dan ketika khusyuk berzikir, Abdullah telah tertidur. Abdullah telah bermimpi dia terlihat cahaya turun dari langit dan ada dua orang yang tidak dapat dilihat wajahnya sedang berbual tentang haji. Dalam mimpi itu dinyatakan untuk tahun itu hanya ada seorang tukang sepatu dari Pekan Alor Gajah bernama Muhammad Haq bin Idris yang tidak dapat berhaji tetapi diterima hajinya. Abdullah bagaikan terpanggil untuk mencari siapa dia Muhammad Haq yang dimaksudkan. Abdullah menjadi tidak keruan dan akhirnya, berbekalkan gerak hatinya, Abdullah berangkat ke Kampung Gajah untuk mencari lelaki itu. 

Download : Part 1 Part 2

Join with HJ-Split : Download

Mabrur ke Hajiku (2011)

Release Date: Year 2011 | Country: Malaysia| Language: Malay | Genre: Drama | Subtitle: None| Size: 380MB | Quality: SDTVRip – Jie Azz
SINOPSIS: Pak Khamis dan Mak Timah menjadi mangsa penipuan sindiket MLM yang menawarkan pakej haji dan umrah dengan harga yang murah
 
 
Download : Part 1 Part 2 
Join with HJ-split : Download

Sorok bau Budu (2011) SDTVRIP

Release Date: Year 2011 | Country: Malaysia| Language: Malay | Genre: Drama | Subtitle: Malay| Size: 380MB | Quality: SDTVRip – Jie Azz
SINOPSIS: Deris menetap dan bekerja di Kuala Lumpur. Dia sudah tiga tahun tidak balik menyambut Hari Raya Haji di kampungnya di Kelantan. Lima hari sebelum Hari Raya Haji, Pak Brahim dan Mak Esah mengambil keputusan untuk datang menjemput Deris di Kuala Lumpur. Kedatangan ibu bapanya membongkar rahsia kehidupan Deris. Walaupun dia seorang budak Kelantan, ada peristiwa yang tragis menyebabkan Deris memilih untuk tidak untuk bercakap dalam loghat Kelantan.

Download : Part 1 Part 2 
Join with HJ-Split : Download

Kekasih Awal Dan Akhir (2011)

Kekasih Awal Dan Akhir (2011)
Julia dan Awal merupakan sahabat baik sewaktu di Universiti. Julia menyukai Awal namun Awal menganggapnya seperti kawan. Awal disukai ramai wanita kerana penampilannya yang kacak dan bergaya.
Showing Time9 Nov 8:30 pm ( 90 minutes )
Classification : Universal
Genre : Movie, Drama
Sub Genre : MOVIE
Running Time : 90 minu
te

Download :  Part 1 Part 2