Wednesday 14 December 2011

Aku Untuk Siapa (2011)

  Cerekarama : Aku Untuk Siapa (2011)
Lakonan Siti Saleha (Nora Elena), Almy Nadia, Zila Bakarin, Amer Sofaz, Iqram Dinzly, Fadzilah Mansor, Idris Mat Diah, Hairi Othman.Aku Untuk Siapa mengisahkan Zizie merupakan anak kandung
Ramlan dan Sofea manakala Julia pula adalah anak angkat yang dipelihara
sejak berusia tiga tahun. Hal ini dirahsiakan dari pengetahuan Julia.
Kisahnya bermula apabila Mak Yam yang ketika itu hidup dalam kesempitan
telah datang membawa anaknya Julia ke pejabat tempat Ramlan bekerja dan
meminta pertolongan Ramlan agar mendapatkannya sebarang pekerjaan. Oleh
kerana tiada sebarang jawatan boleh ditawarkan di pejabatnya, Ramlan
telah menawarkan Mak Yam bekerja di rumahnya sebagai orang gaji. Semenjak itu juga Julia telah dijadikan anak angkat kerana Ramlan tidak
mempunyai anak setelah tiga tahun berkahwin dengan Sofea. Kehadiran
Julia adalah sesuatu yang amat mengembirakan Ramlan, namun tidak bagi
Sofea. Baginya dia tidak perlu mengambil anak angkat kerana merasakan
bahawa dia boleh mengandung dan melahirkan anak sendiri. Tetapi
disebabkan suatu peristiwa yang pernah berlaku sebelum berkahwin dengan
Ramlan, dia mengambil ubat pencegah kehamilan di luar pengetahuan
Ramlan.
 
 
Download : Part 1 Part 2  Part 3

No comments:

Post a Comment